26 Okt – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Lee Boon Chye membidas belanjawan 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib tidak membawa faedah kepada rakyat miskin semasa berucap di ceramah “Selamatkan Negeri Perak” yang dianjur oleh Pakatan Rakyat di Surau Al Falah, Taman Song Choon.
Boon Chye juga merupakan ahli parlimen Gopeng, beliau berkata, Belanjawan 2010 yang bertemakan “1Malaysia” walaupun berslogan utamakan rakyat, tetapi hanya rakyat kaya yang diutamakan malah kepentingan rakyat miskin dipinggirkan.
Menurutnya, walaupun defisit kerajaan persekutuan bagi tahun 2010 dijangka lebih baik pada paras 5.6 peratus daripada KDNK berbanding tahun 2009. Akan tetapi, kerajaan telah mengalami defisit berturut-turut selama 13 tahun. Perkembangan ekonomi negara jiran seperti Indonesia, Thailan, Filipina dan Singapora sudah lebih baik berbanding dengan negara kita.
Tambahan beliau, peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan berkurang sekitar 4.4% dari RM 53.6 billion kepada RM 51.2 billion cukup merunsingkan. Beliau berasa khuatir bagaimana pengurangan itu berlaku dimana ia bertambah setiap tahun sebelum ini.
Ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat tersebut mendapat sambutan yang baik dari penduduk sekitar. Penceramah yang turut hadir adalah YB Haji Zainuddin Yusof, YB Penceramah yang turut hadir adalah ADUN Lubok Merbau YB Haji Zainuddin Yusof, ADUN Kuala Kurau YB Abdul Yunus Jamahari dan ADUN Bercham YB Sum Cheok Leng.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 12:30
Catat Ulasan