Aduan 投诉专区
网上投诉表格
OnLine ComplainForm
e-Aduan

务边国会选区
Parliment Gopeng

新邦波赖州选区
DUN Simpang Pulai

迪遮州选区
DUN Teja

E-Mail Us 电邮我们

党资料
州联委会
最高理事会
人民公正党章程
入党表格 Borang Keahlian
活动通告
《15 Malaysia》短片观赏会
日期:2009年9月30日(星期三) 晚上8点
地点:松俊花园服务中心(观音洞对面)
分享人:YB Dr Lee

中秋月光晚会
日期:2009年10月1日(星期四) 晚上7点
地点:新咖啡山佛爷庙

中秋月光园游会
日期:2009年10月3日(星期六) 晚上8点
地点:昆仑喇叭福德祠停车场

下载区 Downloads
Borang Dermasiswa

Borang Pembaharuan Penangguhan Khimat Negara

Borang Penangguhan Khimat Negara

Borang Pengecualian Khimat Negara

Borang Rayuan Penangguhan Khimat Negara

Other things


Anwar tetap Ketua Pembangkang – Karpal Singh
Rabu, 17 Mac 2010


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan tetap memberi laluan pada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen.

“Atas nama Pakatan Rakyat, DAP walaupun lebih satu kerusi dari PKR, namun tetap memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen,” ujarnya ketika berucap sempena Majlis Sambutan 2 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau berkata, atas dasar kesepakatan untuk melihat Malaysia terus maju menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat harus pandang ke hadapan mencari jalan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang semakin angkuh dengan kuasa dan media yang dimiliki.

Sebagai ’singa’ DAP, beliau tetap berjuang menuntut keadilan kerana selagi Malaysia diperintah oleh BN, ia tetap merupakan negara korupsi dengan melaksanakan undang-undang yang tidak bertamadun.
“Saya sebagai ‘singa’ akan terus menentang ketidak adilan dalam negara walaupun saya ‘singa’ cedera namun untuk menyerah kalah tidak sama sekali. Kes Anwar mesti dibela kerana ia bukan manusia yang mengamalkan kelakuan buruk seperti itu. Itu fitnah semata-mata, ” ujarnya dengan tepukan gemuruh daripada puluhan ribu hadirin.

Beliau menambah tidak tunduk dengan undang-undang rimba malahan mahukan semua jentera dalam gabungan Pakatan Rakyat berusaha segigih mungkin kerana BN terkenal dengan penipuan terhadap pilihan raya.

Menurutnya, BN boleh berpakat dengan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) untuk menyekat kemaraan pembangkang yang memerlukan beberapa kerusi untuk menguasai Malaysia.

Menyedari hakikat itu, membuatkan BN merangka untuk memancing Ahli Parlimen pembangkang bagi memenuhi niat mendapatkan dua pertiga kerusi parlimen bagi memudahkan mereka meluluskan akta atau sesuatu elekmen demi menyelamatkan politik BN yang semakin parah.

“BN terpaksa buat kerja jahat untuk memastikan politik mereka selamat. Mereka tahu rakyat sudah bosan terhadap BN yang terlalu banyak penyelewengan dan pembohongan,” katanya.

Selain Anwar, turut berucap di majlis penutupan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat negeri itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 02:39  
0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home
 
free counters

690A Tingkat 1 , Jalan Besar Gunung Rapat , 31350 Ipoh, Perak
昆仑喇叭重要事记
全马首个民选村长的新村
新书推介
『晴天霹雳』
霹雳州夺权事件演变


每本RM15(不包括邮寄费用)
附送作者YB曾敏凯州议员
亲笔签名
Previous Post
Archives
务边区 Links
Pakatan Rakyat Links
Alternative Media Links
Powered by

© 2009 PKR - Ranting Gunung Rapat Cabang Gopeng 人民公正党务边区昆仑喇叭支部 .
Blogger Templates
by eRic Lim and Powered By AV Computer Sales & Service