Aduan 投诉专区
网上投诉表格
OnLine ComplainForm
e-Aduan

务边国会选区
Parliment Gopeng

新邦波赖州选区
DUN Simpang Pulai

迪遮州选区
DUN Teja

E-Mail Us 电邮我们

党资料
州联委会
最高理事会
人民公正党章程
入党表格 Borang Keahlian
活动通告
《15 Malaysia》短片观赏会
日期:2009年9月30日(星期三) 晚上8点
地点:松俊花园服务中心(观音洞对面)
分享人:YB Dr Lee

中秋月光晚会
日期:2009年10月1日(星期四) 晚上7点
地点:新咖啡山佛爷庙

中秋月光园游会
日期:2009年10月3日(星期六) 晚上8点
地点:昆仑喇叭福德祠停车场

下载区 Downloads
Borang Dermasiswa

Borang Pembaharuan Penangguhan Khimat Negara

Borang Penangguhan Khimat Negara

Borang Pengecualian Khimat Negara

Borang Rayuan Penangguhan Khimat Negara

Other things


PM ‘Tabur’ RM50k Untuk Dapat Liputan Akhbar Amerika
Jumaat, 23 Julai 2010


Dari Malaysiakini
Oleh Steven Gan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk ‘yuran kejayaan’ kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.
Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan – juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

‘Yuran tak dikembalikan’

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA ‘akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia’.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA ‘yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010′.

‘Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan’.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika – Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Namun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 13:29  
0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home
 
free counters

690A Tingkat 1 , Jalan Besar Gunung Rapat , 31350 Ipoh, Perak
昆仑喇叭重要事记
全马首个民选村长的新村
新书推介
『晴天霹雳』
霹雳州夺权事件演变


每本RM15(不包括邮寄费用)
附送作者YB曾敏凯州议员
亲笔签名
Previous Post
Archives
务边区 Links
Pakatan Rakyat Links
Alternative Media Links
Powered by

© 2009 PKR - Ranting Gunung Rapat Cabang Gopeng 人民公正党务边区昆仑喇叭支部 .
Blogger Templates
by eRic Lim and Powered By AV Computer Sales & Service