Aduan 投诉专区
网上投诉表格
OnLine ComplainForm
e-Aduan

务边国会选区
Parliment Gopeng

新邦波赖州选区
DUN Simpang Pulai

迪遮州选区
DUN Teja

E-Mail Us 电邮我们

党资料
州联委会
最高理事会
人民公正党章程
入党表格 Borang Keahlian
活动通告
《15 Malaysia》短片观赏会
日期:2009年9月30日(星期三) 晚上8点
地点:松俊花园服务中心(观音洞对面)
分享人:YB Dr Lee

中秋月光晚会
日期:2009年10月1日(星期四) 晚上7点
地点:新咖啡山佛爷庙

中秋月光园游会
日期:2009年10月3日(星期六) 晚上8点
地点:昆仑喇叭福德祠停车场

下载区 Downloads
Borang Dermasiswa

Borang Pembaharuan Penangguhan Khimat Negara

Borang Penangguhan Khimat Negara

Borang Pengecualian Khimat Negara

Borang Rayuan Penangguhan Khimat Negara

Other things


TV3 tarik balik iklan raya
Isnin, 6 September 2010
malaysiakini

Stesen televisyen TV3 menarik balik penyiaran iklan hari raya yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah umat Islam.

Penarikan balik beserta permohonan maaf itu dilaporkan diumumkan dalam rancangan berita Buletin Utama televisyen itu malam tadi.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Iklan tersebut juga dilapor menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Sejak disiarkan, iklan yang dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI) itu mendapat kritikan banyak pihak termasuk NGO dan badan pelajar.

Dalam satu kenyataan semalam, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) membantah iklan itu kerana menurutnya ia jelas mempromosikan konsep pluralism iaitu kesamarataan antara agama kepada masyarakat negara ini.

“PMIUTM merasakan iklan seumpama ini tidak harus dipaparkan dan merasa hairan bagaimana ia diluluskan oleh pihak-pihak berwajib,” kata presidennya Mohd Khairul Abdullah Halim.

PMIUTM juga mempertikaikan adakah pihak TV3 merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menyiarkan iklan terbabit.
“Di dalam laman web rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN), terdapat garis panduan penerbitan. Pada perkara 4.3 iaitu penerbitan iklan di bahagian 4.3.9 ada menyatakan bahawa larangan untuk menerbitkan iklan yang menyentuh sensitiviti keagamaan, mempersendakan kebudayaan atau pegangan hidup pelbagai kaum dan mengancam nilai-nilai murni serta norma kehidupan masyarakat Malaysia.

“Merujuk kepada garispanduan penerbitan dari KDN, iklan hari raya Aidilfitri terbabit jelas telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

“PMIUTM mengharapkan sesetengah pihak tidak terlalu taksub dengan konsep 1 Malaysia sehingga sanggup mengadaikan maruah agama demi memenuhi tuntutan 1 Malaysia,” tegas Mohd Khairul, sambil menasihatkan supaya “berpada-padalah dalam menyatakan sokongan sekalipun”.

PMIUTM juga, tegasnya lagi, berpendapat bahawa semua pihak tidak hanya perlu serius memainkan isu bukan Islam yang memasuki masjid sahaja, tetapi juga memberi fokus kepada isu sebenar penghinaan terhadap Islam.

Mohd Khairul berkata sekiranya ahli keluarga dibenarkan menontonnya, ia dibimbangi disalah tafsirkan dan merosakkan akidah mereka sendiri.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 21:38  
0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home
 
free counters

690A Tingkat 1 , Jalan Besar Gunung Rapat , 31350 Ipoh, Perak
昆仑喇叭重要事记
全马首个民选村长的新村
新书推介
『晴天霹雳』
霹雳州夺权事件演变


每本RM15(不包括邮寄费用)
附送作者YB曾敏凯州议员
亲笔签名
Previous Post
Archives
务边区 Links
Pakatan Rakyat Links
Alternative Media Links
Powered by

© 2009 PKR - Ranting Gunung Rapat Cabang Gopeng 人民公正党务边区昆仑喇叭支部 .
Blogger Templates
by eRic Lim and Powered By AV Computer Sales & Service