Dr. Lee Boon Chye: Nasib Penduduk Kg Srijaya Batu 2 Harus Dibela
Isnin, 4 Januari 2010
Gopeng, 21 Dis – Penduduk Kg Srijaya Batu 2 meminta bantuan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dalam satu Majlis Dialog Ahli Parlimen Gopeng Bersama Rakyat. Penempatan mereka yang berdekatan sungai selalu dilanda banjir sedalam 2 hingga 3 kaki.
Seramai 22 buah keluarga telah menetap di kampung tersebut sejak 40 tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, nasib mereka sering diabaikan kerana tapak rumah bukan milik sendiri tetapi atas tanah rezab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Menurut penduduk, M. Subramaniam, yang telah 40 tahun meninggal di sini, mereka sering dialami banjir kilat setiap tahun sekurang-kurangnya dua kali. Oleh kerana penempatan kampung adalah berdekatan sungai, rumah papan mereka yang selalunya dibanjiri air sungai menjadi reput dan rosak. Ketika banjir berlaku, semua terpaksa meninggalkan halaman rumah ke tempat yang lebih selamat.
En Manimaran yang merupakan generasi kedua meninggal di sini, beliau mengatakan bahawa, kami seolah-olahnya tidak dapat menarik perhatian pihak berkuasa selama ini. Walaupun penduduk telah berjumpa dengan beberapa wakil rakyat sebelum ini, akan tetapi sehingga kini, nasib masih terbengkalai, mereka hanya berdiam diri seribu bahasa.
“Kami sanggup berpindah ke kawasan penempatan lain yang lebih sesuai jika ada, kami inginkan tapak tanah sendiri yang lebih elok” Beliau berkata.
Ahli Parlimen Dr Lee Boon Chye berkata, walaupun negara kita telah 52 tahun merdeka tetapi nasib rakyat masih tidak terbela. Penduduk tidak mendapat tanah milik sendiri seinchi pun, malah masih hidup sengsara atas tanah air sendiri.
“Sebagai contohnya, Projek RPT Sg Itek yang sepatutnya dilancarkan untuk memberikan tempat tinggal yang selesa kepada rakyat miskin, tetapi kini diberikan sewenang-wenangnya kepada pemimpin UMNO”, tambahan beliau.
Beliau berjanji akan membawakan isu ini untuk berbincang dengan beberapa jabatan yang berkenaan untuk tindakan yang sewajarnya. Selain itu, penempatan yang baru perlu ditemui untuk menyelesaikan masalah mereka.
Semua keluarga kampung tersebut turut menghadiri majlis tersebut, mereka juga membawa Dr Lee memantau keadaan tempat tinggal kampung. Turut menghadiri termasuk Ketua Kampung Sri Rahmat Saudara Ahmad, Ketua Kampung Srijaya Saudara Saroji, Saudara Megat Ikmal dan Selvam masing-masing selaku Naib Ketua Cabang Gopeng PKR dan AJK Cabang Gopeng PKR.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 00:24
Catat Ulasan