Aduan 投诉专区
网上投诉表格
OnLine ComplainForm
e-Aduan

务边国会选区
Parliment Gopeng

新邦波赖州选区
DUN Simpang Pulai

迪遮州选区
DUN Teja

E-Mail Us 电邮我们

党资料
州联委会
最高理事会
人民公正党章程
入党表格 Borang Keahlian
活动通告
《15 Malaysia》短片观赏会
日期:2009年9月30日(星期三) 晚上8点
地点:松俊花园服务中心(观音洞对面)
分享人:YB Dr Lee

中秋月光晚会
日期:2009年10月1日(星期四) 晚上7点
地点:新咖啡山佛爷庙

中秋月光园游会
日期:2009年10月3日(星期六) 晚上8点
地点:昆仑喇叭福德祠停车场

下载区 Downloads
Borang Dermasiswa

Borang Pembaharuan Penangguhan Khimat Negara

Borang Penangguhan Khimat Negara

Borang Pengecualian Khimat Negara

Borang Rayuan Penangguhan Khimat Negara

Other things


Program Sambutan Tahun Baru Cina KEADILAN, Perak
Ahad, 14 Februari 2010


Sempena Tahun Baru Cina akan disambut oleh Kaum Cina di seluruh dunia bermula 14hb sehingga 28hb Februari, Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak turut meraihkan perayaan tersebut dengan menganjurkan Program Pesta Tahun Baru Cina di Dewan Tokong Fook Tat Chee, Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh. Program tersebut dijalankan pada tarikh 27hb Feb (Sabtu).

Bak kata peribahasa Melayu “tak kenal maka tak cinta”, pengenalan budaya dan tradisi kaum Cina kepada kaum-kaum lain di Malaysia dapat menggalakkan pergaulan antara kaum, dan menanam sikap kekitaan antara satu sama lain. Sebagai sebuah parti politik yang menolak politik perkauman secara habis-habisan, Parti Keadilan Rakyat mengambil langkah proaktif untuk mempereratkan hubungan antara kaum.


Menurut Tan Kar Hing, pengerusi pengelola Program Pesta Tahun Baru Cina tersebut, pihak penganjur berasa amat besar hati kerana telah mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan daripada banyak persatuan-persatuan di sekitar Lembah Kinta,” kata Tan yang juga merupakan Exco Angkatan Muda KEADILAN Negeri Perak dalam sidang akhbar yang dijalankan pada Isnin yang lalu.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut termasuk juga YB Chang Lih Kang (ADUN Teja), YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) dan Pn. Fatmawathy (Ketua Wanita KEADILAN Perak).

Sebanyak 17 unit telah menyertai sesi pameran Kebudayaan dan sejumlah 13 persembahan pentas pada hari berkenaan. Ini termasuklah kaunter pameran tentang Wushu, perubatan tradisional Cina, kaligrafi, FengShui, muzik tradisional Cina, “paper cutting”, lukisan tradisi, tarian traditional, tarian singa dan sebagainya. Para hadirin juga boleh mendapatkan rawatan tabib Cina secara percuma di samping mendapatkan nasihat daripada pakar tilik nasib. Pesta ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada hari tersebut dan semua dijemput hadir, kemasukan adalah percuma.

Acara kemuncak merupakan Upacara Perasmian yang akan dijalankan pada 12 tengahari di mana tarian singa akan dipersembahkan dan pucuk pemimpin daripada Pakatan Rakyat Negeri Perak akan turut bersama rakyat untuk menyambut Tahun Baru Cina yang meriah ini. Persembahan pentas juga akan diadakan sepanjang hari dan terdapat pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak bawah umur 12 dan ke bawah. Maklumat yang selanjutnya boleh didapati dengan menghubungi Lee (017-3233329) atau Ng(012-7167722).
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 14:45  
0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home
 
free counters

690A Tingkat 1 , Jalan Besar Gunung Rapat , 31350 Ipoh, Perak
昆仑喇叭重要事记
全马首个民选村长的新村
新书推介
『晴天霹雳』
霹雳州夺权事件演变


每本RM15(不包括邮寄费用)
附送作者YB曾敏凯州议员
亲笔签名
Previous Post
Archives
务边区 Links
Pakatan Rakyat Links
Alternative Media Links
Powered by

© 2009 PKR - Ranting Gunung Rapat Cabang Gopeng 人民公正党务边区昆仑喇叭支部 .
Blogger Templates
by eRic Lim and Powered By AV Computer Sales & Service