Anwar Yakin Rakyat Sabah Sarawak Akan Kepalai Perubahan
Rabu, 8 September 2010
Dari TV Selangor
Pakatan Rakyat berjaya menggugat deposit undi Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia Timur akan mengepalai barisan mengubah sejarah negara.
Bercakap kepada lebih 500 warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang memeriahkan Pesta Borneo di Kompleks Sukan PKNS Petaling Jaya semalam, Anwar berkata keyakinan beliau diuja oleh sokongan yang ditunjukkan masyarakat setempat semasa melawat Limbang dan Lawas di Sarawak minggu lalu.
Trend semasa di Sabah dan Sarawak menunjukkan rakyat Malaysia Timur mendahagakan perubahan selepas hak mereka diabaikan sejak 53 tahun lalu.
“Kita telah merdeka selama 50 tahun dan yang akan tentukan perubahan untuk keadilan, hak asasi, hormat budaya, untuk hormat agama, untuk hormat sesama manusia yang akan tentukan Sabah dan Sarawak” kata Anwar.
Anwar menegaskan anak- anak generasi muda Sabah dan Sarawak harus ada kesedaran berpolitik dan mendesak pemerintah mengagihkan harta kekayaan negara secara saksama.
Menurut Anwar lagi, yang akan tentukan misi dan masa depan kita adalah anak-anak muda Malaysia dan ini termasuklah dari sabah dan Sarawak
“Kita lawan bukan kerana kita dendam. Kita lawan bukan nak rompak tanah orang, kita lawan nak pertahan tanah kita sendiri. Kita bukan tuntut hak orang. Kita bagi tahu orang diatas. Jangan rompak hak rakyat kita” kata Anwar.
Disamping meraikan ikatan mereka, program ini juga bertujuan bagi menubuhkan satu jawatankuasa dan komuniti bagi membantu penduduk Sabah dan Sarawak yang dijumpai mengemis, merempat dan hidup miskin di Lembah Kelang dan juga seluruh Semenanjung Malaysia.
Realiti sebenar yang berlaku kini memperlihatkan ramai rakyat yang hidup susah, tertindas, tertipu dan gagal mendapat pekerjaan apabila tiba di Semenanjung Malaysia. Malah, ada yang terpaksa melacurkan diri di bandar-bandar utama Semenanjung demi menyambung kelangsungan hidup.
Rakyat Sabah Sarawak merantau mencari pekerjaan akibat daripada kemunduran taraf ekonomi mendorong rakyat Sabah Sarawak untuk berhijrah ke Semenanjung. Mereka yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan janji-janji kerajaan negeri Sabah dan Sarawak di bawah Umno-BN.
Memandangkan bilangan penduduk sabah dan sarawak yang tertumpu di lembah Klang semakin meningkat, pelbagai kesukaran yang mereka hadapi namun mereka tidak punya ruang untuk mengadu segala masalah yang dihadapi.
Turut dilaporkan di ibu kota, ramai pengemis dari Sabah yang gagal memperolehi wang yang cukup untuk pulang semula ke Sabah dilihat mengemis dan mencari makanan lebihan di belakang restoran-restoran seperti kedai mamak, KFC dan McDonalds.
Dengan pengisian sukaneka, tarian kebudayaan dan nyanyian live band sedikit sebanyak menyuntik semangat dan mengubat kerinduan kepada rakyat sabah sarawak.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 21:48
Catat Ulasan