Aduan 投诉专区
网上投诉表格
OnLine ComplainForm
e-Aduan

务边国会选区
Parliment Gopeng

新邦波赖州选区
DUN Simpang Pulai

迪遮州选区
DUN Teja

E-Mail Us 电邮我们

党资料
州联委会
最高理事会
人民公正党章程
入党表格 Borang Keahlian
活动通告
《15 Malaysia》短片观赏会
日期:2009年9月30日(星期三) 晚上8点
地点:松俊花园服务中心(观音洞对面)
分享人:YB Dr Lee

中秋月光晚会
日期:2009年10月1日(星期四) 晚上7点
地点:新咖啡山佛爷庙

中秋月光园游会
日期:2009年10月3日(星期六) 晚上8点
地点:昆仑喇叭福德祠停车场

下载区 Downloads
Borang Dermasiswa

Borang Pembaharuan Penangguhan Khimat Negara

Borang Penangguhan Khimat Negara

Borang Pengecualian Khimat Negara

Borang Rayuan Penangguhan Khimat Negara

Other things


Selangor!! Kepercayaan Yang Diberikan Rakyat Bersyarat
Isnin, 31 Mei 2010


Pujian berbaur teguran ditujukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang didominasi oleh PKR, dalam Kongres Nasional Tahunan PKR ke-6 ini. Sementara prestasi Khalid Ibrahim dalam pentadbiran negeri diiktiraf, Menteri Besar ini juga diingatkan bahawa “kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat” adalah kepercayaan bersyarat.

oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat dan KEADILAN khususnya di Selangor, adalah kepercayaan bersyarat,” ulangi Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Kelantan Trade Centre, hari ini.
“Harapan rakyat yang diungkapkan melalui manifesto, perlu diterjemahkan dengan sebaiknya melalui pelaksanaan yang menepati tuntutan,” tegurnya.

Bagaimanapun, Wan Azizah Wan Ismail menyusul, “Bukan mudah untuk memimpin Selangor, apatah lagi selepas 50 tahun diporak-perandakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Tahniah diucapkan kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat, yang bertungkus lumus, mentadbir negeri dengan baik, walaupun terpaksa berhadapan dengan karenah dan tentangan dari luar mahupun dari dalam.”


Diselubungi berita negatif

Khalid Ibrahim telah diasak oleh UMNO dan Utusan Malaysia sejak menerajui tampuk pimpinan kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008. Bermula dengan kontroversi “kes lembu”, “projek ladang khinzir” yang dibangkitkan oleh musuh parti, kini Khalid terjerat dalam “isu pasir” yang dibangkitkan oleh pemimpin parti sendiri. Malah, blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin turut melemparkan kritikan terhadap Khalid.

“Sesungguhnya, pengiktirafan tidak datang dengan percuma. Kerajaan Negeri Selangor perlu terus menjunjung aspirasi rakyat, aspirasi parti dan aspirasi Pakatan Rakyat,” kata Wan Azizah (gambar kiri, kanan).

“Tempoh dua tahun memimpin, pelbagai dasar yang meletakkan rakyat di hadapan telah dilaksanakan. Program-program kebajikan ini perlu disokong dan diperhebatkan. Kerajaan Negeri perlu lebih kreatif menggembleng tenaga dengan aktivis parti untuk memastikan lebih ramai rakyat mendapat kebaikan dari program sebegini.”

Wan Azizah menyambung, “Pada masa yang sama, jangan kita lupa bahawa rekod dua tahun kerajaan negeri Pakatan Rakyat, adalah satu rekod yang membanggakan. Cubaan demi cubaan dibuat untuk menyabitkan kerajaan Selangor dengan rasuah gagal.”



Politik adalah persoalan persepsi

Bagaimanapun, Wan Azizah sempat memberi cadangan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat seperti yang berikut;-

Pertama, percepatkan pelaksanaan keputusan dan kelicinan pentadbiran. Kenal pasti undang-undang, dasar dan arahan pekeliling yang menjadi punca kepada kelewatan dan birokrasi remeh untuk disemak, dipinda mahupun dibatalkan.

Kedua, pastikan perkhidmatan dan bantuan kerajaan negeri sampai hingga ke peringkat yang terbawah.

Ketiga, perhebatkan pelan pembangunan ekonomi negeri yang berlandaskan Agenda Ekonomi Malaysia.

Keempat, penuhi harapan rakyat di dalam perkhidmatan kerajaan tempatan. Penghulu, JKKK, Ahli Majlis dan pemimpin setempat perlu memainkan peranan penting kerana anda adalah wakil kita dengan rakyat. Program-program untuk meningkatkan keberkesanan mereka perlu dilaksanakan dengan segera.

Kelima, jentera penerangan Kerajaan Negeri perlu lebih agresif, proaktif dan kreatif untuk memastikan dasar-dasar dan maklumat Kerajaan Negeri sampai ke kumpulan sasaran. Harus diingat, politik adalah persoalan persepsi.

Khalid jadi tumpuan

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menjadi tumpuan dalam Kongres Nasional Tahunan ke-6 ini. Mula dengan Kongres AMK semalam, kritikan terbuka terhadap Khalid diberi penghargaan, biarpun pendekatan ini tidak mendapat persetujuan semua pihak. Pada pagi ini, beberapa teguran mahupun jenaka yang diajukan kepada Khalid, mencungkil reaksi yang berbeza.



Dalam slot Ucapan Pemimpin Pelbagai Kaum seterusnya, wakil dari kaum Cina, Chang Lih Kang turut menyentuh kerajaan Selangor. Chang Lih Kang mulakan ucapan dengan memuji dasar ekonomi yang memanfaatkan rakyat, misalnya bekalan air percuma, pemberian sumbangan kepada warga emas dan sebagainya, namun meluahkan kekecewaannya kepada pimpinan parti berikutan kekalahan PRK Hulu Selangor.

Beliau yang turut berkongsi kekecewaan selepas kekalahan PRK Hulu Selangor, berkata PRK bukan sahaja kalah dari segi undi, malah dari segi maruah. Chang Lih Kang menegur kerajaan Selangor kerana terbawa-bawa dengan amalan negatif BN, misalnya memberi sumbangan kepada pengundi, penggunaan kereta rasmi untuk berkempen di Hulu Selangor semasa tempoh kempen pilihan raya.

“Bukan sahaja kita kalah undi, tetapi kita kalah maruah. Kita hilang ketinggian moral untuk mengkritik BN apabila kita juga berbuat demikian,” kritikannya dibalas dengan tepukan dari bawah pentas.

Bagaimanapun, beliau mendakwa bahawa dirinya tidak berniat untuk menyasarkan kritikan ini kepada MB Selangor mahupun kerajaan negeri Selangor, tetapi pimpinan parti yang seharusnya memberi arahan untuk menghalang amalan negatif ini.

Merdekareview
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 23:55  
0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home
 
free counters

690A Tingkat 1 , Jalan Besar Gunung Rapat , 31350 Ipoh, Perak
昆仑喇叭重要事记
全马首个民选村长的新村
新书推介
『晴天霹雳』
霹雳州夺权事件演变


每本RM15(不包括邮寄费用)
附送作者YB曾敏凯州议员
亲笔签名
Previous Post
Archives
务边区 Links
Pakatan Rakyat Links
Alternative Media Links
Powered by

© 2009 PKR - Ranting Gunung Rapat Cabang Gopeng 人民公正党务边区昆仑喇叭支部 .
Blogger Templates
by eRic Lim and Powered By AV Computer Sales & Service