Siti Rohani Mohamad Yasin, 72 tahun yang tinggal berseorangan di
Kampung Sungai Itek memohon bantuan untuk membaiki tembok dinding
rumahnya yang sudah retak.
ADUN Teja Chang Lih Kang bersama Skuad Teja Keadilan telah turun
padang menziarahi Rohani dan memberi sumbangan beras kepadanya sempena
Hari Raya Aidilfitri.
Lih Kang melahirkan rasa kesalnya apabila mendapati rumah telah retak
lebih kurang setahun yang lalu tidak mendapat perhatian daripada pihak
berkuasa.
Menurut Lih Kang, kehidupan Rohani yang kais pagi, makan pagi, kais
petang, makan petang tidak sanggup mengeluarkan sejumlah yang banyak
untuk membaiki rumahnya.
“Saya amat berharap pihak berkenanan akan memandang serius terhadap
keadaan dinding rentak untuk menggelakkan sebarang kemalangan
berlaku.” Katanya.
Beliau berharap sumbangan barang keperluan itu sedikit sebanyak dapat
meringankan bebannya dan membawa keceriaan kepadanya untuk menyambut
Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 21:57
Catat Ulasan