posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 12:130 comments
Jawatankuasa Ad-Hoc Tragedi Kuala Dipang Melawat Tapak Kejadian
Jawatankuasa ad hoc tragedi Kuala Dipang yang di pengerusikan oleh Speaker DUN Perak Pakatan Rakyat, V.Sivakumar dan ahlinya YB. Thomas Su (Pasir Pinji),YB. Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong) dam YB. Chang Lih Kang (Teja) turun meninjau tapak kejadian disini pagi tadi.
Kehadiran mereka ke tapak kejadian ditunggu oleh sekitar 10 orang wartawan dan diiringi oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Kampar, Ust. Shuib Hussain dan sekitar 20 orang dikalangan pemuda dan unit amal yang lain.
Keempat-empat ahli jawatankuasa ad hoc memberi penerangan kepada wartawan dalam sidang media selepas meninjau tempat kejadian pagi tadi.
Mereka juga melawat Majlis Daerah Kampar untuk mendapatkan maklumat berkaitan jambatan runtuh Kuala Dipang.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 12:020 comments
Wakil Rakyat PR melawat keluarga mangsa Kuala Dipang
Dari Kiri: Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr. Lee Boon Chye,ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai, ADUN Teja, YB Chang Lih Kang, Speaker Perak, YB V. Sivakumar melawat ke rumah mangsa jambatan runtuh Kuala Dipang di Taman Changkat Golf, Gopeng.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 11:510 comments
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 14:230 comments
Dewan tolak usul bahas tragedi jambatan gantung runtuh
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak kelmarin yang dibawa oleh Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).
Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee berkata usul berkenaan ditolak kerana berdasarkan peraturan, sebarang isu yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibaca semula di dalam Dewan.
Menurut Ronald lagi, perkara tersebut telah diambil perhatian oleh pihak yang berkaitan termasuk pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian yang meragut satu nyawa, manakala dua lagi pelajar masih hilang.
“Saya ingin maklumkan bahawa perkara-perkara yang ditolak dalam kamar tidak akan dibacakan lagi. Itu adalah satu keputusan yang diambil oleh Speaker dan keputusan untuk kes ini ia telah ditolak di dalam kamar.
“Kita terikat dengan peraturan bahawa ia tidak akan dibaca dalam dewan. Saya tidak akan ulang lagi dan saya harap tiada lagi perbincangan lanjut mengenai perkara ini,” katanya.
Bagaimanapun, Ronald berkata usul itu masih boleh dimasukkan sebagai isu untuk dibahaskan di dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 yang sedang berlangsung.
Seorang murid sekolah rendah lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka gunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar runtuh pada kirakira pukul 10.30 pagi. BERNAMA
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 14:200 comments
Belanjawan 2010 tidak utamakan rakyat miskin
26 Okt – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Lee Boon Chye membidas belanjawan 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib tidak membawa faedah kepada rakyat miskin semasa berucap di ceramah “Selamatkan Negeri Perak” yang dianjur oleh Pakatan Rakyat di Surau Al Falah, Taman Song Choon.
Boon Chye juga merupakan ahli parlimen Gopeng, beliau berkata, Belanjawan 2010 yang bertemakan “1Malaysia” walaupun berslogan utamakan rakyat, tetapi hanya rakyat kaya yang diutamakan malah kepentingan rakyat miskin dipinggirkan.
Menurutnya, walaupun defisit kerajaan persekutuan bagi tahun 2010 dijangka lebih baik pada paras 5.6 peratus daripada KDNK berbanding tahun 2009. Akan tetapi, kerajaan telah mengalami defisit berturut-turut selama 13 tahun. Perkembangan ekonomi negara jiran seperti Indonesia, Thailan, Filipina dan Singapora sudah lebih baik berbanding dengan negara kita.
Tambahan beliau, peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan berkurang sekitar 4.4% dari RM 53.6 billion kepada RM 51.2 billion cukup merunsingkan. Beliau berasa khuatir bagaimana pengurangan itu berlaku dimana ia bertambah setiap tahun sebelum ini.
Ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat tersebut mendapat sambutan yang baik dari penduduk sekitar. Penceramah yang turut hadir adalah YB Haji Zainuddin Yusof, YB Penceramah yang turut hadir adalah ADUN Lubok Merbau YB Haji Zainuddin Yusof, ADUN Kuala Kurau YB Abdul Yunus Jamahari dan ADUN Bercham YB Sum Cheok Leng.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 12:300 comments
Dr Lee Boon Chye mengemukakan Usul Tergempar tragedi runtuh jambatan di Kuala Dipang
Rabu, 4 November 2009
27hb Oktober 2009
Kenyataan Media
Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye telah mengemukakan usul tergempar berkenaan tragedi runtuh jambatan di Kuala Dipang di dewan rakyat pada pagi hari ini (27hb Oktober 2009).
Beliau berkata usul ini telah dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk di pertimbangkan pada 28hb Oktober 2009.
Menurut usul beliau, pada 10.30 malam, 26hb Okt 2009, satu golongan pelajar Darjah Enam dari Daerah Kinta Selatan Perak telah jatuh ke Sungai Kampar dan terus hilang apabila jambatan gantung yang mereka guna runtuh. Setakat ini masih terdapat 22 pelajar yang tidak dapat dikesan.
Beliau berkata, pelajar tersebut adalah antara 298 orang murid dari Daerah Kinta Selatan yang menyertai Khemah 1-Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.
”Selepas tragedi berlaku saya sempat melawat tempat kejadian pada 2.30 pagi, 27Hb Okt 2009 dan berpeluang temuramah dengan sebahagian dari murid dan ibubapa murid yang terlibat,” kata Boon Chye.
Berikut adalah beberapa fakta berkenaan dengan tragedi itu :
1. Struktur jambatan gantung yang baru siap dibina tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan. 2. Semasa murid menyeberangi Sungai Kampar yang lebarnya melebihi 20 kaki, tidak ada kawalan dari guru ataupun pegawai yang bertanggungjawab. 3. Tidak ada jaket keselamatan semasa menyeberangi sungai. 4. Terdapat 12 orang guru sahaja yang menjaga 298 orang murid. 5. Usaha-usaha menyelamat tidak memuaskan kerana kekurangan peralatan. Sebagai contoh 4 bot yang dibekalkan oleh Jabatan Bomba tidak ada ‘Spot-light’ dan pegawai penyelamat terpaksa guna lampu picit yang jelas tidak memuaskan.
Beliau mengulas, sehingga kini masih terdapat 22 orang murid yang hilang. Khemah 1-Malaysia di seluruh negara turut diadakan di tempat yang lain. Oleh itu beliau mencadangkan supaya dewan rakyat berbincang Tragedi di Kuala Dipang ini , khusus berkaitan:
1. Bagaimana usaha-usaha untuk cari dan selamatkan mereka yang masih hilang dipertingkatkan, 2. Samada Khemah 1-Malaysia di tempat yang lain, di seluruh Negara harus digantung buat sementara waktu sehingga keselamatan peserta dikenalpasti. 3. Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan tragedi tersebut berulang.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 23:150 comments
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 23:090 comments
Tragedi Kem 1 Malaysia..!!
YB Thomas Su, YB Chang Lih Kang, YB Kesvinder, dan YB Chan Ming Kai
Arus sungai Kampar deras ekoran hujan petang sebelumnya.
Salah seorang pelajar yang selamat
Tiang Penyokong jambatan gantung yang terbungkas tumbang
Sisa jambatan yang tumbang
Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.
Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.
Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.
Gambar daripada Shukri Hj Azit dan Sya~Reformis
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 23:010 comments