他表示,大马土著权威组织是以极端的种族主义作为号召,企图散播种族之间的怨恨,严重地威胁了国家的发展和国民之间的团结,这是与首相的“一个马来西亚”精神完全背道而驰。
也是务边区国会议员,李文材指出,土著权威组织在本月27日位于世界太子贸易中心(PWTC)举行首届的年度大会,在当天不乏多名拥有官职的人物出席该大会。其中包括贸工部副部长慕克里兹(Mukhriz Mahathir)、副财政部长拿督阿旺阿迪(Awang Adek Hussin)、选举委员会副主席旺阿末旺奥玛(Wan Ahmad Wan Omar)。除此之外,新闻部部长莱斯雅丁(Rais Yatim)也曾经公开表明支持土著权威组织。
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 18:220 comments
千人大型抗议集会遭骑劫 洁妮达:原民深感被耍了
Khamis, 18 Mac 2010
大约一千名来自半岛的原住民今午游行到首相署,欲提呈备忘录给首相纳吉,抗议政府考虑修订《1954年原住民法令》(Aboriginal People Act 1954),不满政府分配给原住民的土地政策。但是,此集会临时遭“骑劫”,原住民被带到该部门的礼堂与乡村和区域部长会面,许多原住民对这突然的改变感到错愕和不满,并深感被耍了。
马来西亚原住民网络(Peninsular Malaysia Orang Asli Association, 简称POASM) 成员洁妮达(Jenita Engi)之前发文告透露,原住民对于土地分发的事件感到不满,大多数原住民领袖也在详细参与该政策内容后,发现许多不公,因此决定举行大型集会反映他们的心声。
该抗议是由马来西亚半岛原住民协会 (Peninsular Malaysia Orang Asli Association, 简称POASM) 及原住民村庄网络 (Network of Orang Asli Villages)呈上由1万2000半岛的原住民签署的备忘录。
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 02:450 comments
Wakil Rakyat membawa suara pemandu bus ke Dewan Rakyat 李文材将长巴司机诉求带入国会
(Ipoh 15hb)Berikutan seramai 547 tandatangan pemandu bus ekspres di seluruh Negara, demi membantah laporan akhbar tempatan dengan menggunakan istilah “pelesit” kepada mereka. Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye telah berdialog dengan wakil Jawatankuasa Sementara tersebut demi memahami masalah dan tuntutan pemandu-pemandu bus.
Jurucakap pemandu bus ekspres, Mior Johari Abu Bakar berkata, ekoran daripada penggunaan istilah tersebut, pemandu bus di seluruh Negara mulai bangkit demi hak dan kebajikan mereka, khususnya yang kian hari mereka dipandang serong oleh masyarakat.
Beliau berkata, sebenarnya pemandu bus banyak mengalami masalah terutamanya masalah kebajikan dan hak sebagai pekerja banyak digadaikan. Kini, mereka berharap YB Dr Lee dapat menyuarakan masalah mereka ke Dewan Rakyat khususnya menujukan kepada Kementerian Kerajaan yang berkaitan.
Hadir bersama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang, Naib Ketua dan Exco Angkatan Muda Perak, Romihadi dan Tan Kar Hing, dan Naib Ketua Cabang Gopeng, Megat Ikmal.
Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, dialog tersebut boleh dirumuskan dalam tiga aspek yang utama, termasuk yang pertama iaitu masalah pendapatan pemandu yang tidak seragam serta masalah pekerja skim tetap atau sementara, ini akan menjejaskan kebajikan pemandu dalam syarikat masing-masing.
“Kedua pula berkenaan masalah kebajikan pemandu termasuk Caruman Wang Simpanan Pekerja, SOCSO, tempat rehat untuk pemandu kedua, pemeriksaan kesihatan untuk pekerja juga tidak terjamin.”
Beliau menegaskan bahawa masalah penguatkuasa oleh jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai piawai undang-undang yang berbeza juga menjadikan masalah utama kepada pemandu.
Dr Lee Boon Chye berkata, masalah yang dibincangkan dalam dialog merangkumi banyak aspek, akan tetapi, beliau tetap akan membawakan isu-isu yang dibincangkan ke dalam Dewan Rakyat supaya kebajikan pemandu sentiasa terbela.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 02:430 comments
PKR tetapkan perjuangan di Parlimen Bagan Serai 蓝眼遴选峇眼色海协调员,继续为人民服务
PKR tetapkan perjuangan di Parlimen Bagan Serai
(Ipoh 15hb)Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Dr Lee Boon Chye menjanjikan bahawa komitmen daripada Parti Keadilan Rakyat tetap bersama rakyat di Bagan Serai, walaupun tindakan yang mengkhianati rakyat berlaku.
Beliau menegaskan bahawa Parti Keadilan Rakyat, terutamanya komitmen daripada “Pasukan Khidmat Cabang Bagan Serai” akan terus menunaikan janji kita pada piliharaya yang lepas. Kita tidak berputus asa walaupun dikhianati, tetapi masa akan menyatakan keikhlasan dan perjuangan kita.
Kordinator Parlimen akan diumumkan
“Kami akan mengumumkan nama wakil sebagai 『Kordinator Parlimen Bagan Serai』 dalam masa yang sesingkat mungkin, di mana mereka yang dipilih akan bertanggung jawab atas kerja-kerja perkhidmatan, program masyarakat dan menyelesaikan masalah-masalah di kawasan tersebut.”
Beliau mengulas bahawa semangat Reformasi tidak akan terhenti-hentinya dengan tindakan khianatnya yang mengutamakan kepentingan politik sendiri. Tindakan mereka yang menukar haluan nyata adalah angkara dan rancangan secara sistemetik oleh sesuatu pihak yang ingin memburukkan nama Parti khsusunya Parti Keadilan Rakyat.
Dr Lee Boon Chye adalah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti khususnya untuk menjaga Parlimen Bagan Serai. Beliau berasa syukur kerana Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh Cabang Bagan Serai adalah tinggi, dan mereka sentiasa dalam semangat gempur. Beliau berkata sedemikian semasa menghadiri satu dialog bersama dengan pimpinan Cabang Bagan Serai, Parti Keadilan Rakyat.
Turut menghadiri dalam sesi dialog termasuk Ketua Cabang Saudara MD Nasib, Timbalan Ketua Cabang Saudara Munawar, Setiausaha Cabang Saudara Ahmad Zaki dan semua pimpinan Cabang Bagan Serai.
Pusat Khidmat Bagan Serai
Beliau menyeru kepada penduduk di Bagan Serai supaya mengunjungi Pusat Khidmat Masyarakat Parti Keadilan Rakyat di Bagan Serai.
Pusat Khidmat Masyarakat Parti Keadilan Rakyat, Cabang Bagan Serai
Alamat No. 24A, Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai.
No Telefon 05-7216968
Email alorpongsu-adil@yahoo.com.my
Isnin hingga Jumaat Jam 8.30 pagi hingga Jam 5.00 petang
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 02:420 comments
Anwar tetap Ketua Pembangkang – Karpal Singh
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan tetap memberi laluan pada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen.
“Atas nama Pakatan Rakyat, DAP walaupun lebih satu kerusi dari PKR, namun tetap memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen,” ujarnya ketika berucap sempena Majlis Sambutan 2 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.
Beliau berkata, atas dasar kesepakatan untuk melihat Malaysia terus maju menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat harus pandang ke hadapan mencari jalan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang semakin angkuh dengan kuasa dan media yang dimiliki.
Sebagai ’singa’ DAP, beliau tetap berjuang menuntut keadilan kerana selagi Malaysia diperintah oleh BN, ia tetap merupakan negara korupsi dengan melaksanakan undang-undang yang tidak bertamadun.
“Saya sebagai ‘singa’ akan terus menentang ketidak adilan dalam negara walaupun saya ‘singa’ cedera namun untuk menyerah kalah tidak sama sekali. Kes Anwar mesti dibela kerana ia bukan manusia yang mengamalkan kelakuan buruk seperti itu. Itu fitnah semata-mata, ” ujarnya dengan tepukan gemuruh daripada puluhan ribu hadirin.
Beliau menambah tidak tunduk dengan undang-undang rimba malahan mahukan semua jentera dalam gabungan Pakatan Rakyat berusaha segigih mungkin kerana BN terkenal dengan penipuan terhadap pilihan raya.
Menurutnya, BN boleh berpakat dengan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) untuk menyekat kemaraan pembangkang yang memerlukan beberapa kerusi untuk menguasai Malaysia.
Menyedari hakikat itu, membuatkan BN merangka untuk memancing Ahli Parlimen pembangkang bagi memenuhi niat mendapatkan dua pertiga kerusi parlimen bagi memudahkan mereka meluluskan akta atau sesuatu elekmen demi menyelamatkan politik BN yang semakin parah.
“BN terpaksa buat kerja jahat untuk memastikan politik mereka selamat. Mereka tahu rakyat sudah bosan terhadap BN yang terlalu banyak penyelewengan dan pembohongan,” katanya.
Selain Anwar, turut berucap di majlis penutupan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat negeri itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 02:390 comments
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 02:370 comments
Dr Lee Boon Chye Menziarahi Penduduk Parlimen Bagan Serai 李文材医生拜访峇眼色海选民
(Ipoh 9hb)Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Dr Lee Boon Chye akan menziarahi penduduk-penduduk kawasan Parlimen Bagan Serai pada 13hb March(Sabtu), pada pukul 5 petang hingga 7 petang, di Pejabat Cabang Bagan Serai, Parti Keadilan Rakyat (No. 24A, Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai).
Beliau adalah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti khususnya untuk menjaga Parlimen Bagan Serai. Para penduduk di kawasan Parlimen Bagan Serai dialu-alukan datang untuk perbincangan atau masalah dan khususnya tentang suara rakyat yang ingin ditujukan pada sesi Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 15 March nanti.
Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas cukup mengecewakan hati pengundi di kawasan tersebut. Akan tetapi, semangat Reformasi tidak akan terhenti-hentinya dengan tindakan khianatnya yang mengutamakan kepentingan politik sendiri.
Beliau juga Ahli Parlimen Gopeng, beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat akan meneruskan komitmen yang dijanjikan pada Tsunami politik 8 March 2008. Tindakan mereka yang menukar haluan nyata adalah angkara dan rancangan secara sistemetik oleh sesuatu pihak yang ingin memburukkan nama Parti khsusunya Parti Keadilan Rakyat.
“Tsunami Politik 8hb March menunjukkan semangat dan kehendakan rakyat untuk menggulingkan segala kezaliman demi menegakkan keadilan, hanya dengan sokongan rakyat yang padu untuk menecapi dua parti sistem pemerintahan di tanah air kita.”
Beliau berharap rakyat tidak akan dikaburi mata oleh pihak yang bermotif jahat, dan sebaliknya meneruskan agenda Reformasi demi kebaikan negara dan bangsa. Dengan undi rakyat pada piliharaya ke-13, kita mampu mengubahkan fenomena politik di tanah air.
(怡保8日讯)人民公正党全国副主席李文材医生将在3月13日(本周六),从下午5时至7时,在人民公正党峇眼色海区会党所( No. 24A, Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai ) 拜访选民,履行负责领养及监管该国会选区的任务。