Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menolak usul bagi membincangkan tragedi menimpa remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis di Shah Alam, minggu lalu.
Beliau berkata, usul yang dikemukakan Senator daripada DAP, Dr S Ramakrishnan itu tidak perlu disegerakan dan masih dalam siasatan polis.
“Setelah meneliti inti pati dengan terperinci usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu, saya berpendapat usul yang dibawa oleh Yang Berhormat itu adalah satu perkara tertentu.
“Usul yang dibawa itu ada tiga inti pati iaitu satu perkara tertentu, boleh diterima, berkepentingan ramai, boleh diterima namun saya berpendapat ia tidak perlu disegerakan untuk menangguhkan dewan,” katanya seperti dilapor Bernama.
Pada 29 April lalu, Ramakrishnan memfailkan satu usul di bawah perkara 17 (1) bagi Dewan Negara membincangkan perkara tersebut.
Menurutnya, perkara itu mesti dibahaskan supaya satu siasatan dijalankan secara profesional dan telus terhadap pihak yang terlibat.
Aminulrasyid, mati ditembak polis setelah didakwa tidak menghiraukan arahan berhenti polis dalam kejadian tersebut.
Harakah
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 19:14
Catat Ulasan