Aduan 投诉专区
网上投诉表格
OnLine ComplainForm
e-Aduan

务边国会选区
Parliment Gopeng

新邦波赖州选区
DUN Simpang Pulai

迪遮州选区
DUN Teja

E-Mail Us 电邮我们

党资料
州联委会
最高理事会
人民公正党章程
入党表格 Borang Keahlian
活动通告
《15 Malaysia》短片观赏会
日期:2009年9月30日(星期三) 晚上8点
地点:松俊花园服务中心(观音洞对面)
分享人:YB Dr Lee

中秋月光晚会
日期:2009年10月1日(星期四) 晚上7点
地点:新咖啡山佛爷庙

中秋月光园游会
日期:2009年10月3日(星期六) 晚上8点
地点:昆仑喇叭福德祠停车场

下载区 Downloads
Borang Dermasiswa

Borang Pembaharuan Penangguhan Khimat Negara

Borang Penangguhan Khimat Negara

Borang Pengecualian Khimat Negara

Borang Rayuan Penangguhan Khimat Negara

Other things


Kerajaan perlu telus, terbuka siasat kematian PTD
Khamis, 3 Jun 2010
Pimpinan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjalankan siasatan terbuka dan telus ke atas kes kematian seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sewaktu menjalani latihan ala-komando 31 Mei lalu.

Empat wakil rakyatnya juga mahu kerajaan meneliti kes itudengan serius dan memberi jaminan bahawa tidak ada mana-mana keluarga di negara ini harus berhadapan dengan kes kematian seperti itu selain membekukan sebarang penglibatan peserta dalam latihan seumpamanya sehingga ia disiasat sepenuhnya.

“Kami menggesa kerajaan Persekutuan khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menjalankan siasatan yang terbuka dan telus ke atas isu ini, apakah berlaku kecuaian di kalangan pelatih,” kata mereka dalam satu kenyataan yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Pada sidang media di Pusat khidmat Masyarakat Lembah Pantai hari ini, Nurul Izzah juga berkata, masyarakat akan terus mempersoalkan keperluan wujudnya latihan ala ketenteraan yang mencabar fizikal bagi penjawat awam negara.

“Umum bersetuju bahawa wujud keperluan penjawat awam khususnya pegawai PTD untuk cergas mental dan fizikal, tetapi dalam masa yang sama masih banyak saluran yang boleh dibentuk yang lebih rasional untuk membentuk semangat kekitaan di kalangan mereka,” katanya.

Norhashimah Wahid, 31, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.35 pagi Isnin lepas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi setelah koma sejak Jumaat lepas.

Allahyarham sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.

Mereka turut mempersoal pihak yang bertanggungjawab mengendalikan modul latihan sedemikian yang sebelum ini dikendalikan oleh Outward Bound School (OBS) serta tahap tahap piawaian terhadap keselamatan peserta.

“Siapakah yang mengendalikan modul bina semangat berkenaan? Kami dimaklumkan bahawa modul terdahulu dikendalikan oleh Outward Bound School (OBS) tetapi dikendalikan oleh konsultan di tapak PULAPES. Sekiranya benar ia dikendalikan oleh konsultan, apakah konsultan ini mempunyai latar belakang kejurulatihan profesional?

“Apakah modul ini memenuhi mana-mana pawaian keselamatan dan mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas berhubung keselamatan peserta?” soal mereka.

Nurul Izzah turut memberitahu, beliau bersama ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali akan membawa isu itu ke Parlimen sewaktu pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 nanti.

Ini kerana ujarnya, kerajaan tidak bertindak telus apabila memotong peruntukan untuk mengendalian latihan kepada pegawai PTD dan menyerahkannya kepada pihak lain tanpa pengetahuan rakyat.

“Kita mahu tahu apa lagi bajet selain OBS ini yang dipotong tanpa diberitahu kepada Parlimen.

“Rakyat wajib diberitahu apabila kerajaan memotong bajet untuk program sedemikian dan serahkan kepada konsultan. Siapa yang diberikan kontrak untuk mengendalikan program ini,” katanya.

Sementara itu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor menggantung penghantaran pegawai PTD daripada menjalani latihan sedemikian sebelum sehingga sisatan selesai.

“Kami akan menulis surat kepada Kerajaan negeri supaya menggantung penghantaran pegawai PTD di Selangor daripada menghadiri latihan ini buat sementara waktu,” katanya.

Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin pula meminta semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai sebarang bentuk kecuaian yang berlaku sepanjang tempoh latihan tampil memberikan maklumat kepada mereka bagi membolehkan satu analisis dikeluarkan berhubung latihan yang dijalankan.

“Kita minta semua pihak terutamanya pegawai PTD tampil memberikan maklumat supaya boleh dikumpulkan supaya semua orang boleh boleh tahu apa kelemahan program ini dan cadangan penambahbaikan boleh dibincangkan di parlimen misalnya,” katanya.

Bagi Adun Batu Caves, Amiruddin Saari pula, kes sedemikian sudah banyak kali berlaku termasuk kepada pelatih latihan khidmat negara (PLKN) namun ianya tidak didedahkan kepda umum.

“Sebelum ini sudah banyak kes sebegini berlaku tetapi masyarakat tidak prihatin selain media tidak melaporkannya. Jadi amat wajar isu ini dibawa ke Parlimen supaya Kerajaan boleh memebrikan penjelasan yang benar,” katanya.

Harakah
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 00:42  
0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home
 
free counters

690A Tingkat 1 , Jalan Besar Gunung Rapat , 31350 Ipoh, Perak
昆仑喇叭重要事记
全马首个民选村长的新村
新书推介
『晴天霹雳』
霹雳州夺权事件演变


每本RM15(不包括邮寄费用)
附送作者YB曾敏凯州议员
亲笔签名
Previous Post
Archives
务边区 Links
Pakatan Rakyat Links
Alternative Media Links
Powered by

© 2009 PKR - Ranting Gunung Rapat Cabang Gopeng 人民公正党务边区昆仑喇叭支部 .
Blogger Templates
by eRic Lim and Powered By AV Computer Sales & Service