posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:450 comments
Dr Lee Boon Chye: Negara bankrup kerana BN rasuah dan salahguna kuasa
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:430 comments
李文材医生: 来届大选为了更民主公平的马来西亚, 让巫统倒下去!
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:410 comments
Boon Chye: UMNO Lulus dan Batal lesen judi sukan
Selasa, 29 Jun 2010
(28 Jun, Ipoh) Naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye berkata, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, ini adalah atas desakan suara rakyat dan kemenangan bantahan rakyat terhadap polisi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak transpirasi dan telus.
Beliau juga berkata, ini jelas menunjukkan bahawa lesen judi sukan adalah hasil ataupun idea UMNO yang memulakan dan memutuskannya, perkara ini bukan diputuskan melalui mesyuarat kabinet ataupun Dewan Rakyat tetapi melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak melibatkan mana-mana parti komponen yang lain.
“Kita boleh melihatkan siapakah yang cuba menggadaikan nasib rakyat dengan cara memperkayakan syarikat-syarikat gergasi.”
Beliau berucap sedemikian dalam siri ceramah “Selamatkan Malaysia” di Kampung Baru Kuala Kuang.
Dr Lee juga sebagai Ahli Parlimen Gopeng mengkritik Perdana Menteri bahawa, beliau ingin mendapatkan pandangan dan cadangan rakyat ketika memelihara seekor kucing, akan tetapi, polisi kerajaan yang menjejaskan hidupan rakyat tidak pernah ditanyakan sesekali pun.
Beliau menambah, Perdana Menteri bukan sahaja tidak berani berhadapan dengan rakyat, tetapi juga tidak berani berhadapan dengan wakil rakyat dengan membawakan isu tersebut kepada perbincangan dalam Dewan Parlimen.
Beliau menyifatkan kerajaan BN terutamanya bawah pimpinan Najib Razak selalunya mengamalkan Flip-Flop Policy yang amat tidak menyakinkan rakyat.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:400 comments
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:350 comments
Boon Chye: Bakun Project a RM 7.3 billion blunder, and more to come
Sabtu, 26 Jun 2010
(25 Jun, Ipoh) Dr Lee Boon Chye, Vice President of Parti Keadilan Rakyat expressed shock that RM 7.3 billion has been spent on the Bakun Hydroelectricity Project with no clear decision on the demand for the electricity generated.
In the answer given by the Minister of Finance to questions raised regarding the Bakun Hydroelectricity Project, the Minister of Finance in the written reply stated that the amount spent for Bakun Project was RM 7.3 billion as of May 2010. The minister stated further that the 2400 Megawatt electricity generated by the hydroelectricity when fully operational March 2012, will be used for smelting plant as well as to support Sarawak Corridor Renewable Energy (SCORE) in Sarawak. It seems the planned undersea cable to channel the electricity to West Malaysia, as originally planned, was scrapped.
Dr Lee, who is also the Member of Parliament for Gopeng expressed that the Bakun project was a major blunder due to poor planning. It was carried out merely to serve the interest of selected few, including parties involved in biomass clearance of the area (to extract billion ringgit worth of timber) and conglomerates such as Cahaya Mata Sarawak Berhad who will set up aluminum smelting plant using cheaper-than-market electricity from Bakun.
The Bakun project which was revived in 2000, after 2 failed attempts before, was targeted for completion by September 2007, but has since delayed until March 2012. It was carried out at great expense. Besides the financial burden, Bakun Project also caused forest covering the size of Singapore to be flooded and 10,000 indigenous people to loss their homes and be relocated.
Since the current energy requirement for whole of Sarawak is only 1500 Megawatt, the extra 2400 Megawatt from Bakun will have nowhere to go, unless there is existing industry which will consume the excess electricity generated. Even though there were repeated announcements of aluminum smelting plant, a pulp and paper plant and even the world’s biggest steel plant, all these projects remain on paper, without information on the economic viability and environmental impact. For example, the most contentious issue for the panned aluminum smelting plant by Cahaya Mata Sarawak Berhad was the electricity tariff, which will determine the economic viability of the smelting plant. Where will the electricity go if none of these projects materialize?
Hence according to Dr Lee, the RM 7.3 billion spent so far for an economically ill-conceived, socially disruptive and environmentally disastrous Bakun Hydroelectricity Project is scandalous. The same amount of money would have been more than enough to power all the long houses and remote settlements in Sarawak. With the amount of money, 100% coverage for electricity supply for whole of Sarawak will become reality, instead of current 72.6% where many areas in Sarawak still cannot get electricity supply.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:320 comments
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:280 comments
Dr Lee Boon Chye: Cabar Hishammuddin tumpu kepada PKFZ dan Kapal Selam
Selasa, 22 Jun 2010
(22hb Ipoh)Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Hussein diminta bersabar dan menunggu masa dan tempat terbaik untuk Anwar mendedahkan bukti wakil rakyat PKR menerima RM2juta untuk meninggalkan parti.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye menasihatkan beliau jangan panik setelah Anwar mengumumkan isu terebut. Beliau seharusnya lebih tertumpu kepada isu-isu nasional jikalau UMNO tidak pernah berbuat sedemikian.
Beliau sebenarnya jangan tergesa-gesa untuk berucap atas pihak mereka yang keluar parti. Adakah beliau terpikat dengan budaya “you help me, I help you” yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mengulas sedemikian tentang cabaran yang diberikan oleh Datuk Hishammuddin Hussein kepada Anwar supaya mengumumkannya dalam tempoh 48 jam.
rakyat minat isu nasional
Sementara itu, beliau berkata, sebenarnya rakyat lebih berminat dalam isu seperti PKFZ yang melibatkan penyelewengan sebanyak RM12.5 billion, tragedy Kem 1 Malaysia di Kuala Dipang dimana tiga murid sekolah rendah terkorban nyawa dan laporan ketua audit Negara yang mendedahkan salahlaku kerajaan persekutuan.
“Task Force demi Tosk Force ditubuhkan tetapi tidak ada tindakan selanjutnya. Lagipun skandal komisen Kapal Selam Scopene juga dilupai oleh beliau dan seluruh badan kerajaan Barisan Nasional.”
Beliau menegaskan bahawa pemimpin Negara sepatutnya sanggup menunjukkan moral standing dan keinginan politik untuk melawan rasuah. Anwar dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan komitmen yang tinggi,
Beliau berkata, kami memerlukan transformasi secara total khususnya menggubalkan undang-undang seperti Freedom of Information Act, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan memulihkan kewibawaan institusi kerajaan seperti kehakiman, SPRM dan SPR.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:260 comments
Dr Lee: Kegagalan RMK9 tidak dijelaskan, unjuran 6% RMK10 terlalu optimis
(22hb, Ipoh)Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, kegagalan-kegagalan RMK9 langsung tidak dihuraikan dalam dokumen RMK10. Ini adalah disebabkan bahawa budaya non-accountability di pihak kerajaan.
Beliau berpendapat bahawa RMK 10 adalah dokumen yang penting demi menentukan halatuju pengurusan ekonomi Negara dalam tempoh 5 tahun dan seterusnya. Masalah yang dikenalpasti seperti kehilangan daya saing berbanding dengan Korea, Singapore dan Taiwan dlm dokumen ini sebenarnya tidak jelas dihuraikan.
“Kerajaan persekutuan berdasarkan apa dengan menetapkan unjuran pertumbuhan 6% untuk perkembangan ekonomi Negara. Ini adalah terlalu optimis dan kemungkinan besar kita akan mengalami kegagalan sekali lagi.”
Beliau berkata, rekod pemerintahan kerajaan pusat Barisan Nasional pada 15 tahun yang lepas amat tidak menyakinkan. Sebagai contohnya, sasaran pertumbuhan ekonomi RMK 7 adalah 8% dan RMK 8 adalah 7.5% tetapi pada hakikatnya hanya mengecapi 4.7% sahaja. Bagi RMK 9 pula yang sasarkan 6% tetapi hanya capai 4.2% sahaja.
“Walaupun kita telah menggunakan lebih banyak perbelanjaan negara, tambahan pula jurang deficit yang lebih besar, akan tetapi kita tetap jauh daripada sasaran.”
Beliau menegaskan bahawa, defisit yang dirancang semasa RMK8 adalah RM28.9 billlion tetapi sebenarnya mencapai sebanyak RM 97.8 billion, dan defisit RMK9 yang dirancang RM 27.9 billion tetapi sebenarnya mencapai RM40.3 billion. Hutang Kerajaan Persekutuan pula telah meningkat semasa RMK9 dari RM 228.6 billion pada 2005 ke 378.3 billion tahun 2010. Ianya jauh melebihi RM351.3 billion yang dirancang untuk 2010.
Agenda Ekonomi Baru telah kenalpasti masalah
Beliau juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sebenarnya masalah-masalah RMK 9 telah diketahui umum setelah Dato Seri Anwar mengumumkan dalam dokumen Agenda Ekonomi Malaysia pada Ogos tahun 2007.
Beliau berkata, masalah perlaksanaan seperti dasar-dasar yang flip-flop, rasuah berleluasa dan ketirisan yang beterusan menyebabkan rancangan kerajaan selalunya mengalami kegagalan ketara. Oleh yang sedemikian, kandungan RMK 10 cuma merupakan dalam bentuk pembaikan kosmetik sahaja.
Beliau menegaskan bahawa, negara kita kini menghadapi cabaran, kini telah terlepas dari perangkapan pendapatan sederhana dan menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Kita seharusnya selamatkan Malaysia dengan membanteras rasuah, penitrisan dan penyelewengan, supaya kita melaksanakan satu transfomasi secara total.
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:260 comments
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:170 comments
Kapal Israel di Kelang Bukti Najib APCO Hipokrit
Isnin, 14 Jun 2010
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.
“Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.
“Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.
“Mapim dan Shura amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata,” kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara Keadilan.
Menurut Setiusaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin adalah anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.
“Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).
“Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.
“Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.
“Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di pengairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini!,” tegas kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.
Mapim dan Shura berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.
“Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.
“Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima samasekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak ditiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?
Mapim dan Shura dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di pengairan Malaysia,” desak pertubuhan itu lagi.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai…Usah Berumah Di Tepi Pantai…
Dari Sharpshooter.blogspot.com
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 01:130 comments
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 00:470 comments
Jangan Berlengah Lagi!
Khamis, 3 Jun 2010
Berikutan desakan Pakatan Rakyat agar Dato’ Sri Najib Razak mengambil tindakan tegas berhubung isu serangan Israel ke atas konvoi keamanan, saya difahamkan kabinet hari ini bersetuju untuk membentangkan satu usul bagi mengecam keganasan tersebut pada hari Isnin minggu depan.
Namun demikian, pada pandangan saya adalah lebih baik YAB Perdana Menteri memanggil satu sidang khas parlimen pada esok hari atau hari Jumaat. Dato’ Sri Najib boleh memaklumkan kepada Tuan Yang Di Pertua Dewan di bawah perkara 11(3) Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membahaskan isu ini. Kita semua bersetuju serangan ke atas konvoi keamanan itu merupakan jenayah kemanusiaan. Kemarahan serta kekesalan ini dikongsi oleh mereka yang mempunyai nurani, tanpa mengira ras mahupun kepercayaan.
Kita juga berharap Dato’ Sri Najib hadir ke persidangan meja bulat, jam 11.30 pagi di Kampung Baru, Jumaat ini. Persidangan tersebut turut menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Kita tidak boleh berlengah dan mesti segera mengecam jenayah kemanusiaan yang mengorbankan 19 nyawa itu.
ANWAR IBRAHIM
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 00:460 comments
Presiden PAS, Anwar, Kit Siang sertai demo esok
Demonstrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO di hadapan Kedutaan Amerika, esok akan disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Pimpinan-pimpinan NGO dan wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan hadir bersama.
Sekretariat Mobilisasi Demontrasi Anti Israel 2010 juga memaklumkan demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika.
Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, jurucakapnya, Herman Samsudeen memberitahu pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.
“Para peserta yang menyertai demonstrasi ini digalakkan membawa bendera Palestin, placard dan banner yang menunjukkan bantahan rakyat Malaysia secara aman,” katanya.
Katanya, sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menerusi talian 0192828536.
Harakah
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 00:440 comments
Kerajaan perlu telus, terbuka siasat kematian PTD
Pimpinan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjalankan siasatan terbuka dan telus ke atas kes kematian seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sewaktu menjalani latihan ala-komando 31 Mei lalu.
Empat wakil rakyatnya juga mahu kerajaan meneliti kes itudengan serius dan memberi jaminan bahawa tidak ada mana-mana keluarga di negara ini harus berhadapan dengan kes kematian seperti itu selain membekukan sebarang penglibatan peserta dalam latihan seumpamanya sehingga ia disiasat sepenuhnya.
“Kami menggesa kerajaan Persekutuan khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menjalankan siasatan yang terbuka dan telus ke atas isu ini, apakah berlaku kecuaian di kalangan pelatih,” kata mereka dalam satu kenyataan yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Pada sidang media di Pusat khidmat Masyarakat Lembah Pantai hari ini, Nurul Izzah juga berkata, masyarakat akan terus mempersoalkan keperluan wujudnya latihan ala ketenteraan yang mencabar fizikal bagi penjawat awam negara.
“Umum bersetuju bahawa wujud keperluan penjawat awam khususnya pegawai PTD untuk cergas mental dan fizikal, tetapi dalam masa yang sama masih banyak saluran yang boleh dibentuk yang lebih rasional untuk membentuk semangat kekitaan di kalangan mereka,” katanya.
Norhashimah Wahid, 31, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.35 pagi Isnin lepas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi setelah koma sejak Jumaat lepas.
Allahyarham sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.
Mereka turut mempersoal pihak yang bertanggungjawab mengendalikan modul latihan sedemikian yang sebelum ini dikendalikan oleh Outward Bound School (OBS) serta tahap tahap piawaian terhadap keselamatan peserta.
“Siapakah yang mengendalikan modul bina semangat berkenaan? Kami dimaklumkan bahawa modul terdahulu dikendalikan oleh Outward Bound School (OBS) tetapi dikendalikan oleh konsultan di tapak PULAPES. Sekiranya benar ia dikendalikan oleh konsultan, apakah konsultan ini mempunyai latar belakang kejurulatihan profesional?
“Apakah modul ini memenuhi mana-mana pawaian keselamatan dan mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas berhubung keselamatan peserta?” soal mereka.
Nurul Izzah turut memberitahu, beliau bersama ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali akan membawa isu itu ke Parlimen sewaktu pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 nanti.
Ini kerana ujarnya, kerajaan tidak bertindak telus apabila memotong peruntukan untuk mengendalian latihan kepada pegawai PTD dan menyerahkannya kepada pihak lain tanpa pengetahuan rakyat.
“Kita mahu tahu apa lagi bajet selain OBS ini yang dipotong tanpa diberitahu kepada Parlimen.
“Rakyat wajib diberitahu apabila kerajaan memotong bajet untuk program sedemikian dan serahkan kepada konsultan. Siapa yang diberikan kontrak untuk mengendalikan program ini,” katanya.
Sementara itu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor menggantung penghantaran pegawai PTD daripada menjalani latihan sedemikian sebelum sehingga sisatan selesai.
“Kami akan menulis surat kepada Kerajaan negeri supaya menggantung penghantaran pegawai PTD di Selangor daripada menghadiri latihan ini buat sementara waktu,” katanya.
Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin pula meminta semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai sebarang bentuk kecuaian yang berlaku sepanjang tempoh latihan tampil memberikan maklumat kepada mereka bagi membolehkan satu analisis dikeluarkan berhubung latihan yang dijalankan.
“Kita minta semua pihak terutamanya pegawai PTD tampil memberikan maklumat supaya boleh dikumpulkan supaya semua orang boleh boleh tahu apa kelemahan program ini dan cadangan penambahbaikan boleh dibincangkan di parlimen misalnya,” katanya.
Bagi Adun Batu Caves, Amiruddin Saari pula, kes sedemikian sudah banyak kali berlaku termasuk kepada pelatih latihan khidmat negara (PLKN) namun ianya tidak didedahkan kepda umum.
“Sebelum ini sudah banyak kes sebegini berlaku tetapi masyarakat tidak prihatin selain media tidak melaporkannya. Jadi amat wajar isu ini dibawa ke Parlimen supaya Kerajaan boleh memebrikan penjelasan yang benar,” katanya.
Harakah
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 00:420 comments
Mengapa kakitangan atasan KKSB dapat bonus 6 bulan
Kaedah pemberian bonus kepada kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) terus dipertikai oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).
Bagi Pengerusi Selcat Tan Chang Kim, tujuan asal pemberian bonus tersebut sebagaimana yang dinyatakan Pengerusi Bukan Eksekutif, Abdul Shukor Nagor semalam demi menghargai para pekerja bawahan yang menghadapi ancaman kesukaran ketika aktiviti perlombongan dilakukan.
Sedangkan yang menikmati bonus berganda terbanyak, menurut Tan, adalah di kalangan para pekerja atasan.
“Pekerja bawahan semuanya, 22 orang hanya dapat 1.5 kali ganda bonus sedangkan pekerja atasan mendapat bonus enam kali ganda.
“Maka, apakah galakan untuk pekerja bawahan kalau pekerja atasan saja yang menikmati bonus yang berganda-ganda ini,” soal beliau di dalam kamar Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini hari ini.
Menurutnya lagi, sepatutnya pekerja bawahan lebih menikmati bonus gandaan terbanyak kerana mereka lebih banyak terdedah kepada ancaman kesukaran.
Menjawab soalan tersebut, Abdul Shukor menegaskan bahawa para pekerja atasan juga bekerja keras untuk memajukan syarikat milik kerajaan negeri.
“Mereka ini (pekerja atasan) juga bekerja keras dan pemberian bonus itu setimpal sebenarnya,” ujarnya.
Jelasnya lagi, walaupun jumlah bonus yang diberikan kepada para pakerja bawahan kurang jika dibandingkan dengan jumlah bonus yang diterima oleh para pekerja atasan, namun para pekerja bawahan masih menikmati bayaran gaji lebih masa (OT).
Menurut Kim, OT adalah bayaran yang diberikan berasaskan pada kerja-kerja yang dibuat sedangkan bonus adalah suatu pemberian oleh majikan kepada pekerja yang bukan berasaskan pada masa bekerja.
“Saya tanya tentang bonus, bukan OT kerana kamu (Abdul Shukor) yang mengatakan bahawa pemberian bonus ini untuk menghargai pekerja yang terdedah pada ancaman,” kata Kim.
Kim turut membaca data pemberian bonus di mana hanya lapan pegawai atasan mendapat bonus terbanyak, iaitu enam kali ganda gaji masing-masing.
“Pengurus Kanan Keselamatan (yang) bergaji RM6,220 umpanya mendapat ganjaran bonus empat kali ganda tetapi kakitangan keselamatan (bawahan) yang gajinya RM2,200, mereka hanya mendapat bonus 1.5 kali ganda saja,” ujar Kim.
Tuntas dari itu, Kim meminta Abdul Shukor menjelaskan sama ada beliau mengalami ancaman kesukaran atau sebaliknya.
“Tiada,” jawab Abdul Shukor.
Semalam, Kim mempersoal kewajaran KKSB memberikan bonus enam bulan kepada segelintir pekerja atasan kerana syarikat tersebut baru ditubuhkan pada Julai 2008.
Harakah
posted by PKR - Ranting Gunung Rapat 人民公正党昆仑喇叭支部 @ 00:410 comments